SMIHJB I Orientasi Sekolah Menengah Islam Hidayah (OSEM23)

Alhamdulillah pada hari Sabtu (18 Mac 2023) hingga Rabu (22 Mac 2023) telah berlangsungnya program orientasi sekolah menengah (OSEM) bagi pelajar baharu tingkatan 1 hingga 3 seramai 195 orang.

Objektif program ini dijalankan untuk memperkenalkan pelajar baharu dengan tingkah laku dan mentaliti seorang pelajar sekolah menengah serta memperkenalkan budaya sekolah (biah solehah) dalam kalangan para peserta.

Program ini telah dibimbing oleh 16 orang ahli MPP dan 15 fasilitator daripada kalangan banin dan banat. Dengan adanya program sebegini, dapat mendorong pelajar untuk menghayati seterusnya mencapai objektif program diadakan. InshaAllah.

Semoga semua peserta menerima segala input dengan jelas serta mengamalkannya bermula dari sekarang demi mencapai potensi diri yang terbaik.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda