SMIHJB | Hari Pertama Sesi Persekolahan Tahun 2023

Pada tanggal 19 Mac 2023 yang lepas, jatuh hari yang pertama bagi sesi persekolahan Tahun 2023 di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Alhamdulillah mereka dapat Kembali ke sekolah dengan jayanya setelah lama mengisi masa bersama keluarga,rakan-rakan serta saudara. Kedatangan pelajar pada pagi tersebut disambut dengan penuh kasih sayang oleh guru-guru dan pengetua sekolah. Pihak sekolah turut mengalukan kedatangan guru-guru serta guru baru di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Seterusnya, Perhimpunan pagi dilakukan seperti biasa pada pagi tersebut bahkan menjadi luar kebiasaan kerana didatangani oleh pelajar – pelajar baharu tingkatan 1 yang lebih ramai dari tahun-tahun sebelum  ini. Seperti biasa taklimat disampaikan oleh beberapa  orang guru bagi menyempurnakan perhimpunan pagi tersebut. Selain itu, tidak lupa juga ucapan kata-kata aluan dengan penuh mesra dan rasa syukur daripada pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baharu.

Pengharapan tinggi daripada guru-guru Sekolah Menengah Islam Hidayah agar pada tahun 2023 ini kita dapat melahirkan pelajar yang lebih bertaqwa serta cemerlang  di dunia dan di akhirat. Pihak Sekolah turut berbesar hati agar pelajar-pelajar baru dapat menyesuaikan diri dan selesa dengan keadaan dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di Sekolah Menengah Islam Hidayah ini. Semoga ilmu dan agama yang diperoleh di sekolah ini dapat menjadi benteng mereka daripada sifat mazmumah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda