SMIHJB | Perkongsian Dakwah & Tarbiah dalam Penulisan oleh Saudara Hilal Asyraf

13 March 2023

Pada 12 Februari 2023 yang lepas,Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru telah mengadakan program perkongsian berkaitan “Dakwah dan Tarbiah dalam Penulisan” oleh Saudara Muhammad Hilal Asyraf.

Di samping itu, aktiviti jualan buku Hilal Asyraf Resources diadakan kepada semua warga Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Sesi tandatangan buku dan fotografi juga dilaksanakan bersama penulis terkenal tersebut.


Jazakumullah kheir kepada Saudara Muhammad Hilal Asyraf beserta isteri, anak dan adiknya atas kesudian menyempurnakan program perkongsian juga jualan buku.

Semoga tiap butir bicara yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada murid dan guru disamping menyemarakkan semangat untuk berkongsi segala ilmu berbentuk dakwah dan tarbiah dalam pelbagai medium samada media sosial atau penulisan.

Kongsikan dan Sebarkan