SMIHJB | MSU QURANIC LEAGUE 3.0 2023

Pada hari Khamis, 13 April 2023, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 5 orang pelajar untuk menyertai pertandingan MQL (MSU Quranic League 2023) di Shah Alam Selangor. Acara ini melibatkan institusi pendidikan sekolah rendah, menengah, intravarsity di peringkat negeri dan juga luar negara.

Seramai lebih kurang 600 orang  peserta menyertai pertandingan ini, dan Sekolah Menengah Islam Hidayah adalah salah satu dari beberapa sekolah menengah yg terpilih hingga ke tahap akhir dalam pertandingan ini.

Alhamdulillah wa Syukru Lillah, Sekolah Menengah Islam Hidayah berjaya merangkul kemenangan dalam beberapa kategori individu yang dipertandingkan seperti berikut :

🥇Johan Hafazan kategori Menengah Rendah Juz 1-10 perempuan
(Ameera Aesya Binti Arman)

🥉Tempat Ketiga Hafazan kategori Sekolah Menengah Juz 1-5 perempuan
(Fatin Ayuni Binti Alfadzilah)

🥈Naib Johan Hafazan kategori Menengah Rendah Juz 1-5 perempuan
(Nur Humairah Uzma Binti Zulkarnain)

🥉Tempat Ketiga Tilawah kategori Sekolah Menengah lelaki
(Muhammad Fikri Hakim Bin Zulkfli)

🥈Naib Johan Tilawah kategori Menengah Rendah perempuan
(Nur Afiqah Aina Binti Mohd Ismee)

Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang berjaya mendapat kemenangan dan semua yang menyertai MQL 3.0 2023 kali ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih dan jazakumullahu khairan diucapkan kepada guru- guru yang bertungkus-lumus melatih anak-anak.

Semoga kemenangan ini menambahkan lagi rasa syukur dan dapat meningkatkan lagi semangat untuk ke peringkat negeri, kebangsaan bahkan antarabangsa InshaaAllah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda