SMIHJB | IHTIFAL ILMI 2022

Pada 24 November 2022, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 13 orang pelajar untuk menyertai pertandingan Ihtifal Ilmi 2022 Peringkat Daerah Johor Bahru anjuran Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA Johor).

Acara ini melibatkan institusi dan madrasah tahfiz seluruh daerah Johor Bahru.

Tidak kurang juga seramai 10 orang pelajar asrama menyertai Ihtifal Ilmi 2022 sebagai sukarelawan untuk membantu kelancaran program.

Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hidayah berjaya merangkul kemenangan dalam beberapa kategori individu yang dipertandingkan seperti berikut :

🥇Johan Hafazan kategori 1-5 Juz lelaki
🥇Johan Hafazan kategori 1-5 Juz perempuan
🥇Johan Tilawah Perempuan

🥇Johan Syarahan Bahasa Melayu Perempuan
🥉Tempat Ketiga Syarahan Bahasa Melayu lelaki
🥉Tempat Ketiga Syarahan Bahasa Inggeris lelaki
🥉Tempat Ketiga Syarahan Bahasa Arab perempuan

Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang berjaya mendapat kemenangan dan semua yang menyertai Ihtifal Ilmi 2022 kali ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih dan jazakumullahu khairan diucapkan kepada guru- guru yang bertungkus-lumus melatih anak-anak.

Semoga kemenangan ini menambahkan lagi rasa syukur dan dapat meningkatkan lagi semangat untuk ke peringkat negeri insyaAllah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda