SMIHJB | SHARING MyCARE CENTRE FOR ROHINGYA EDUCATION

Pada 16 November 2022 yang lepas, pihak Kelab MyCARE telah mengadakan program perkongsian bersama MyCARE CENTRE FOR ROHINGYA EDUCATION. Perkongsian ini telah disampaikan oleh guru besar MyCARE CENTRE FOR ROHINGYA EDUCATION, Cikgu Syaidatul Akma.

Perkongsian ini bertujuan :

  1. Memperkenalkan MyCARE Centre for Rohingya Education kepada ahli kelab MyCARE.
  2. Memberi penerangan berkaitan sumbangan yang boleh disalurkan kepada MyCARE Centre for Rohingya Education
  3. Menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk barangan kepada MyCARE Centre for Rohingya Education

Selain perkongsian berkaitan MyCARE Centre for Rohingya Education, diadakan juga pameran hasil tangan anak murid MyCARE Centre for Rohingya Education, sesi soal jawab, sumbangan buku lama dari Pusat Sumber dan kutipan sumbangan antara ahli kelab MyCARE, Rakan Hidayah dan Fotografi.

Semoga ahli kelab mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan menambahkan lagi rasa syukur atas nikmat kurniaan Allah serta menyalurkan bantuan, sokongan dan sumbangan yang berterusan untuk MyCARE Centre for Rohingya Education.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda