SMIHJB | PROGRAM FIT FOREVER 2022 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Pada tanggal 12 November 2022 (Sabtu) yang lalu, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Program Fit Forever 2022. Objektif program tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan. Program tersebut telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru bermula dari jam 7:30 pagi sehingga jam 3:00 petang. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan antaranya seperti ‘Fun Walk’, Sukan Rakyat, ‘Penalti Futsal’, ‘Fun Ride’, Pemeriksaan Kesihatan dan banyak lagi.

Seramai 8 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan telah turut serta dalam aktiviti tersebut bersama dua orang guru pengiring iaitu Cik Nur Nabihah Binti Razali dan Cik Nur Aqilah Binti Mohd Suahaimi. Alhamdulillah semua murid sangat gembira dalam aktiviti yang mereka sertai. Semoga aktiviti seperti ini akan dianjurkan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Hilsha Binti Hashim
Penyelaras Kelab Permainan SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda