SMIHJB | MAULIDURRASUL

Pada 17 Oktober 2022 yang lalu, telah berlangsungnya sambutan Maulidurrasul bagi seluruh pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk ceramah, persembahan selawat dan kuiz maulidurrasul. Ceramah dan persembahan dilaksanakan pada masa perhimpunan dan kuiz beserta tazkirah 5 minit oleh mentor pula dijalankan Bersama keluarga penyayang.

Dengan adanya sambutan ini, para pelajar dan guru- guru dapat menghayati sunnah nabi dan mengetahui sirah nabi yang disampaikan oleh penceramah, Ustaz Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry.

Pihak penganjur program amat berharap agar program seumpama ini akan terus dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan penghayatan selawat dan sunnah nabi dalam semua warga sekolah yang berilmu, beramal dan memimpin masyarakat suatu masa kelak, Aamiin..

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda