SMIHJB | JUALAN BUKU LAMA

Pihak Pusat Sumber Ibnu Rusyd, Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengadakan aktiviti jualan buku lama pada 2 – 6 Oktober 2022 yang lalu. Jualan ini diadakan pada waktu rehat berasingan banin dan banat. Rehat pertama khusus jualan kepada banat dan rehat kedua khusus jualan kepada banin.

Pemilihan buku untuk dijual adalah berdasarkan keluaran tahun 2010 dan ke bawah. Setiap buku dijual dengan harga yang murah iaitu RM 1.00 sebuku. Alhamdulillah, jualan buku lama ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pihak guru dan para murid.

Antara tujuan aktiviti jualan buku lama adalah :

  1. Menggalakkan sikap membaca buku dikalangan guru dan murid.
  2. Mengurangkan buku-buku lama di Pusat Sumber.
  3. Memberi ruang kepada Pusat Sumber untuk menambah buku terkini.

Pihak Pusat Sumber Ibnu Rusyd mengucapkan jazakumullah kheir kepada guru, pengawas pusat sumber yang menjalankan tugas dan para murid atas sokongan dan pembelian buku lama semasa jualan buku lama. Moga mendapat manfaat dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri. Ameen.

Unit Pusat Sumber Ibnu Rusyd

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda