SMIHJB | SMI HIDAYAH JOHAN RUNCLOUD GAMES DEVELOPMENT CHALLENGE

22 Oktober 2022 | WTC, Kuala Lumpur

Alhamdulillah dan tahniah kepada pasukan Mark 0.1 daripada Sekolah Menengah Islam Hidayah yang telah dinobatkan Johan Runcloud Games Development Challenge.

RunCloud Education menganjurkan RC Game Development Challenge untuk memupuk minat pelajar sekolah dalam pembangunan perisian aplikasi permainan.

Pertandingan ini disertai oleh sekolah – sekolah di Malaysia dan 40 buah sekolah MRSM.

Pasukan dari Sekolah Menengah Islam Hidayah yang diberi nama Mark 0.1 ini mencipta dan membangunkan aplikasi permainan ‘Ocean’s Guardian’.

Lebih daripada 100 kumpulan diadili oleh juri professional, dan seterusnya 16 kumpulan terpilih untuk bersaing di peringkat separuh akhir.

Alhamdulillah, pasukan Sekolah Menengah Islam Hidayah berjaya mara ke peringkat akhir bersama bersaing dengan 4 finalist lain daripada MRSM Alor Gajah, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Johor Bahru & MRSM Batu Pahat.

Pada peringkat akhir pasukan SMI Hidayah terus cemerlang dan berjaya menewaskan finalis lain dan dinobatkan selaku Johan.

Guru Pengiring :
1) Rapii Salam
2) Azri Ali

Peserta :
1) Mus’ab Amsyar Noor Fahmi – 2 Islah
2) Rizq Nufail Mohd Nazri – 2 Islah
3) Arissa Maisarah Mohamad Husaini – 2 Islah
4) Kawtsar Zamil Najwah – 2 Islah

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda