SMIHJB | PENYERTAAN SMIHJB KE KARNIVAL TAHFIZ HARI MALAYSIA

Alhamdulillah 24 Sept lepas beberapa orang pelajar aliran tahfiz SMIHJB menyertai Karnival Tahfiz Hari Malaysia yang diadakan di Maahad Tahfiz Al-Khairiah (MATAM), Mersing. Karnival ini dianjurkan oleh Persatuan Institusi Tahfiz Johor (PINTA).

Seramai 9 orang pelajar daripada Tingkatan 1, 2 dan 3 SMIHJB menyertai aktiviti yang dianjurkan di sana. Pelajar kita juga mendapat tempat pertama dalam salah satu acara sukaneka, isi air dalam botol.

Semoga dengan penyertaan ini membuka peluang kepada pelajar kita untuk kenal-mengenali pelajar-pelajar tahfiz dari institusi lain serata Johor dan memartabatkan aliran tahfiz di negara ini insyaAllah.

Disediakan oleh:

Mohamad Ubadah bin Mohamad Lokman
Guru Tahfiz Level 3

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda