SMIHJB | PROJEK SAHABAT PENA SAYA-‘MYFRANS’ 2022 & PROGRAM ‘DI BAWAH SATU BUMBUNG’

Tarikh & Hari: 27 April 2022-24 September 2022

Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor

Anjuran: Projek Kepelbagaian Kaum & Budaya (PKKB) Dong Zong

Sasaran: 40 orang pelajar berumur 15-18 tahun dari pelbagai aliran sekolah

Objektif program ini untuk menggalakkan interaksi rentas budaya & perkauman antara pelajar melalui applikasi e-mail/sosial media. Memupuk semangat menghormati dan inklusif terhadap masyarakat kepelbagaian dalam kalangan anak muda terutama pelajar yang berbilang kaum.

Program ini telah berjalan selama 5 bulan. Seramai 15 pelajar yang terdiri daripada pelajar kelas 3 Intisor SMIH telah terlibat dengan projek ini. Setiap pelajar telah diberi sahabat pena berlainan kaum dan dikehendaki berinteraksi melalui media sosial dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain itu,  setiap peserta telah dikumpulkan pada setiap bulan melalui google meet dan zoom untuk aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur.

Kemuncak dan penutup program ini adalah pada 24hb September 2022  seramai 2 orang guru pengiring , Ustazah Norsamsidar Miskan dan Ustaz Mohammed Asraf Hakim Mohammed Razif serta dan 5 orang pelajar Affan Muttaqin Muhammad Aizuddin, Ahmad Hafifuddin Punawi, Nur Syairah Liyana Shafik,  Safiyyah Zahra Mohamed Zazli dan Nurul Nadhirah Mohd Anuar  telah dijemput ke Program Sambutan Hari Malaysia  serta penutupan Projek Sahabat Pena Saya- My Frans  di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur  & Selangor  Jalan Maharajalela bagi berkongsi pengalaman dan pendapat berkenaan program tersebut.

Pihak penganjur sangat teruja dengan kepetahan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah memberikan pendapat, berkongsi idea dan berjaya menyantuni sahabat pena mereka dengan baik dan bertatasusila. Mereka juga berharap agar program ini berterusan untuk masa-masa akan datang. Di kesempatan ini juga mereka telah menambah lagi kenalan sahabat pena yang lain dari negeri Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.

Program ini juga memberi peluang kepada para pelajar SMIH yang terlibat berinteraksi dengan pelajar yang berlainan kaum dan agama serta pada masa yang sama tetap dengan jati diri sebagai seorang muslim dan membawa bersama biah solehahnya.

Disediakan oleh

Unit Silang Budaya SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda