SMIHJB | MABIT DAURAH TINGKATAN 2

Bertarikh 14 dan 15 September 2022 lalu telah berlangsung Mabit dan Daurah Tingkatan 2. Seramai 86 pelajar banin dan 78 pelajar banat telah hadir. Objektif mabit dan daurah ini antaranya untuk membina individu muslim yang berakhlak mulia dari sudut penjagaan lidah serta memupuk adab sopan terhadap ilmu.

Penyampai pengisian program mabit kali ini ialah Akhi Zaid bagi pengisian mabit banin dan Ukhti Nur Fatiha Masjudin, Batch 22 bagi pengisian mabit banat. Manakala pengisian daurah disampaikan oleh Ustaz Wan Abdul Rahman, batch 9.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya ice-breaking, tazkirah, ceramah, qiamulail, dan riadah. Program ini dikendalikan oleh pelajar PRS Ting 4 di bawah bimbingan Guru Penyelaras Tingkatan 2 terdiri daripada Ust Kamarul Kalam, Ust Rapii, Ust Rosmawati Ahmad, Ust Nor Samsidar dan Ust Nurul Liyana.

Melalui program Mabit dan Daurah ini pelajar dilatih melazimi amalan seperti solat berjamaah, al Ma’thurat pagi dan petang dan membaca surah Al Mulk sebelum tidur. Pelajar juga dapat membina ukhuwwah di kalangan mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda