SMIHJB | KEM IBADAH PENGURUSAN JENAZAH TINGKATAN 3

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah SWT, SMIH telah berjaya menjalankan satu program Kem Ibadah anjuran Bidang Ilmu Wahyu, Panitia Pendidikan Islam Tingkatan 3 iaitu “ Program Pengurusan Jenazah ” pada minggu lepas iaitu hari Khamis 15 September 2022 bermula pada pukul 8.30 pg hingga 12.15 t/h bertempat di Dewan Khandak, SMIH. Ia merupakan salah satu daripada sukatan pelajaran Tingkatan Tiga. Program pengurusan jenazah ini merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam. Ianya menjadi tanggungjawab orang yang hidup kepada si mati. Ianya diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi kefahaman ilmu Fiqh dan mengamalkannya serta menghayatinya dalam kehidupan. Selain itu, ia bertujuan memberikan pendedahan secara praktikal dan amali kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga setelah mempelajarinya secara teori di dalam kelas.

Antara objektif  yang diketengahkan ialah : 1) Memupuk semangat ingin mempelajari ilmu fardhu kifayah disamping   memperkembangkan potensi dalam diri pelajar dengan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
2) Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan jenazah melalui ‘experiential learning’

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda