SMIHJB | KEJOHANAN BOLA SEPAK LIGA TUNAS MALAYSIA B16 DAERAH JB (MALAYSIA LITTLE LEAGUE)

Butir-butir Kejohanan

Tarikh & Hari              : 13 – 14 Septemer 2022 (Selasa & Rabu)
Tempat                        : Padang SMK Medini & Padang SMK Dato’ Usman Awang
Anjuran                       : Kementerian Belia dan Sukan & Kementerian Pelajaran Malaysia
Sasaran                        : Murid bawah 16 Tahun
Objektif Program        : Medan melahirkan bakat baru untuk bola sepak negara

            Pada 13 & 14 September 2022 bersamaan dengan hari Selasa dan Rabu, pasukan Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mengambil bahagian di dalam Kejohanan Bola Sepak Liga Tunas Malaysia (U16) Zon Johor Bahru yang berlangsung di Padang SMK MEDINI & SMK DATO’ USMAN AWANG. Seramai 22 orang pemain telah terpilih untuk mewakili sekolah.

            Sebanyak 8 pasukan bola sepak terdiri daripada sekolah-sekolah di daerah Johor Bahru telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Pasukan SMIH telah diundi bersama-bersama dengan pasukan SMK MEDINI, SMK IMPIAN EMAS & SMK TASEK UTARA 2.

            Pada pelawanan pertama peringkat kumpulan, pasukan SMIH bermula dengan permainan berhati-hati untuk menentang pasukan SMK TASEK UTARA 2. Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri SMIH JB (0) – (0) SMK TASEK UTARA 2. Untuk perlawanan kedua, pasukan SMIH JB sudah menemui  rentak dengan menundukkan pasukan SMK IMPIAN EMAS hasil jaringan tunggal Ammar Bin Afifudden. Keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan SMIH JB (1) – (0) SMK IMPIAN EMAS. Seterusnya pasukan SMIH meneruskan cabaran bagi perlawanan terakhir untuk peringkat kumpulan menentang pasukan tuan rumah SMK MEDINI. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri SMIH JB (0) – (0) SMK MEDINI. Dengan ini, pasukan SMIH berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan mengumpul sebanyak 5 mata untuk menjadi Naib Johan.

            Pada peringkat separuh akhir, pasukan SMIH dijadualkan untuk menentang pasukan SMK UDA UTAMA. Semasa perlawanan berlangsung, pasukan SMK UDA UTAMA berjaya mendapatkan jaringan pendahuluan di separuh masa pertama. Namun di separuh masa kedua, pasukan SMIH berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Ahmad Uwais Qarni bin Ismail melalui serangan yang berpunca daripada kesilapan pertahanan lawan. Gol kemenangan pasukan telah dijaringkan melalui penalti yang telah disempurnakan oleh Muhammad Ammar Bin Raziman pada minit-minit akhir perlawanan akibat daripada bentesan pihak lawan di dalam kotak penalti. Keputusan kemenangan untuk pasukan SMIH dan telah melayakkan pasukan ke peringkat akhir.
Keputusan separuh akhir SMIH JB (2) – (1) SMK UDA UTAMA.

            Pada perlawanan akhir, pasukan SMIH sekali lagi bertemu dengan SMK TASEK UTARA 2, namun nasib tidak menyebelahi pasukan SMIH apabila di dalam perlawanan ini, pasukan SMIH telah dibolosi sebanyak 3 gol. Keputusan berakhir dengan kemenangan diperoleh oleh pasukan lawan SMIH JB (0) – (3) SMK TASEK UTARA 2.

Kejayaan sebagai Naib Johan adalah merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan buat pasukan bola sepak SMIH JB. Moga pembangunan bola sepak pasukan SMIH JB terus menerus meningkat dan berjaya mencapai kejayaan serta mampu berdiri setanding dengan sekolah-sekolah projek bola sepak di Johor.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda