SMIHJB | Laporan Program Idad Du’at 2022

Tarikh 24 dan 25 Jun 2022

Idad Du’at merupakan program yang melibatkan penyertaan dari semua rangkaian sekolah menengah di bawah IKRAM MUSLEH. Pada tahun ini program Idad Du’at dikendalikan oleh tuan rumah dari Sek Men Islam Al Amin, Kemaman,Terengganu.
27 orang banin dan 25 orang banat dari tingkatan 5 telah mengikuti program dua hari penuh ini.

Pada tahun ini, program dilaksanakan secara atas talian tetapi berpusat di sekolah masing-masing. Program dimulakan dengan menonton tayangan video yang disediakan oleh setiap sekolah bagi memperkenalkan peserta. Peserta juga berpeluang mendengar perkongsian bertajuk Tarbiah adalah Kehidupan oleh Dr Harlina Halizah Hj Siraj,
aktiviti tugasan Sayonara Jahiliyah, Syahadatul Haq oleh Ust Taufiq Jaafar, Pengenalan Usrah oleh Mualimmah Dayang Hayani, Wahai Pemuda oleh Ust Abd Majeed Zulkipli dan Kaedah Sulbah oleh Ust Khubaib bin Asmadi. Acara penutup disempurnakan oleh Ust Megat Mohamad Amin bin Megat Mohamed Nor.

Program berlangsung selama dua hari memerlukan peserta mendengar perkongsian secara atas talian dan juga melakukan aktiviti dalam kumpulan bagi menyiapkan tugasan. Pada akhir program, peserta Idad Duat bagi Sek Men Islam Hidayah telah membuat satu resolusi iaitu untuk keluar dari zon selesa dan berusaha mempertingkatkan usaha dakwah terutama kepada semua rakan sebaya dan para pelajar.

Alhamdulillah program ini berjalan lancar dengan kerjasama dari guru-guru penyelaras iaitu Ust Taufiq, Ust Adam, Ust Fazureen, Ust Norzahriah dan Ust Maryam Rufaidah. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa dan pelajar yang memberikan sokongan untuk menjayakan program ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda