SMIHJB | Perkongsian Asatizah SMIH Siri 1

Syukur kepada Allah swt, semalam 25 Jun, Sabtu pukul 5.00pm hingga 6.00pm telah berlangsung Slot Perkongsian Asatizah SMIH Siri 1 bagi tahun 2022. Perkongsian ini adalah slot pembuka tirai untuk siri-siri perkongsian dari asatizah Sek Men Islam Hidayah yang akan menyusul nanti.

Bagi slot pertama, Ustaz Azmen Yusof telah membawakan tajuk Qurban dan Hikmahnya. Meskipun ustaz masih dalam proses pemulihan post-covid, beliau kekal bersemangat menyampaikan perkongsian. Semoga ramai mendapat manfaat atas perkongsiannya.

Terima kasih kepada team media iaitu En Syafiq Palal yang membantu program ini ke udara. Bagi yang tidak berekesempatan mengikuti perkongsian ini masih boleh menonton melalui link yang diberikan di bawah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda