SRIHJB | Laporan Pertandingan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Johor 2021


Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian ( BSKK ), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Johor telah menganjurkan Aktiviti Sokongan Akademik Bahasa Melayu bermula Jun sehingga
November 2021 secara dalam talian.


Pelaksanaan program ini merupakan satu usaha untuk melahirkan murid yang menguasai
Bahasa Melayu. Selain itu, murid dapat meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu di luar bilik
darjah sejajar dengan Anjakan ke-2 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPM )
2013-2025. Antara pertandingan yang dijalankan ialah Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan
Tahap 2, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Dendangan Syair, Pertandingan Menulis
Cerpen dan Pertandingan Pidato.


Pihak Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru telah
menghantar beberapa orang peserta bagi acara yang dipertandingkan itu. Mereka ialah :

  1. Pertandingan Bercerita Tahap 1 – Nur Aliah bt Kamarul Zaman (3 Abu Daud)
  2. Pertandingan Bercerita Tahap 2 – Muhamad Rashdan Hakimi bin Muhamad Razif (4 Ali
    Abi Talib)
  3. Pertandingan Deklamasi Sajak – Ahmad Rais bin Norhisham Izwan (4 Umar Al Khattab)
  4. Pertandingan Dendangan Syair – Abdullah Syakirin bin Azmen (6 Abu Bakar As Siddiq)
  5. Pertandingan Menulis Cerpen – Izzah Sufeeyah binti Saufi Hatta (5 Salahuddin Al
    Ayubi)
  6. Pertandingan Pidato – Nur Athirah Syuhada binti Zulkifli (6 Ali Abi Talib)

Alhamdulillah dan tahniah buat Nur Athirah Syuhada binti Zulkifli telah berjaya meraih
tempat kedua dalam Pertandingan Pidato yang bertajuk “Teknologi Maklumat Membina
Masyarakat Berilmu” ( Tajuk Pidato Bahagian 1 ) dan “Penggunaan Gajet Membawa Kemajuan
Diri” ( Tajuk Pidato Bahagian 2 – Spontan )
Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah buat peserta-peserta yang
lain yang berani menampilkan diri membuat persembahan yang terbaik dan bersemangat. Tidak
lupa juga diucapkan sekalung penghargaan buat pihak ibu bapa dan guru-guru yang telah samasama membantu anak-anak ini, memberi tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan. Semoga
pencapaian ini menjadi pemangkin kepada anak-anak yang lain untuk melakar kejayaan.

Disediakan oleh,
ROSIAH BINTI ARIFF
Ketua Panitia Bahasa Melayu
31 Oktober 2021.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda