SRIHJB | Minggu Gaya Hidup Sihat

Bersempena Minggu Gaya Hidup Sihat pada hari ini, murid-murid SRIHJB telah disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah, Pengerusi PIBG, AJK PIBG dan guru-guru. Mereka juga telah diberi kad rekod gaya hidup sihat.

Semasa slot mentor menti pula, murid-murid telah melakukan aktiviti senamrobik berdasarkan video yang ditayangkan. Aktiviti ini juga akan dijalankan sepanjang minggu ini di dalam kelas.

Amalkan gaya hidup sihat dengan :

  1. ✅Hadir ke sekolah dengan bersarapan walaupun ringkas
  2. ✅Ambil hidangan buah
  3. ✅Ambil sayuran
  4. ✅Minum susu
  5. ✅Cukup tidur
  6. ✅Bersenam

Untuk makluman, kad rekod gaya hidup sihat ini perlu diisi setiap hari setelah murid-murid melakukan aktiviti yang dinyatakan. Dapatkan juga pengesahan daripada ibu bapa dan guru mentor.

Jangan lupa, kongsikan aktiviti sihat mereka seperti menu makanan sihat dan aktiviti senaman harian di sosial media anda dengan #srihsihat untuk mendapatkan cenderahati bagi yang terpilih.

LAMPIRAN GAMBAR

AKTIVIT SENAMROBIK
PEMBERIAN KAD REKOD GAYA HIDUP SIHAT
GURU-GURU MENYERAHKAN KAD REKOD GAYA HIDUP SIHAT
PENGERUSI PIBG DAN PENGERUSI LPH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda