PPH | Laporan Program Tautan Ukhuwah

Alhamdulillah program ini telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu ,15 Januari 2022 jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari melibatkan 197 orang guru SRIH,SMIH dan staf bukan akademik Pusat Pendidikan Hidayah Johor Bahru.

Program yang berobjektifkan ukhuwah dan kebersamaan antara semua tenaga kerja di PPH Jb ini telah dirasmikan oleh Dr Hj Mazlan bin Jama’an, ahli Lembaga Pengelola Hidayah.

Bagi para peserta,program ini amat bermakna setelah 2 tahun tidak menyertai progrm-program tarbiah secara bersemuka.
Mengambil kira situasi semasa yg masih lagi dibelenggu dengan ancaman Covid -19, semua peserta dan AJK menjalani ujian RTK Covid-19 sebelum menghadiri program.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah makan bersama, pengisian tazkirah,mendengar rakaman taklimat dan ucapan perasmian,jaulah bersama, membersihkan kubur dan aktiviti riadah, taaruf serta “sharing”ahli kumpulan.

Alhamdulillah para peserta memberikan maklumbalas positif terhadap agenda yang dilaksanakan untuk meningkatkan ukhuwah dan kesatuan hati dalam memikul tugas dan tanggungjawab di PPH.

“Ukhuwah Gemilang , PPH Mampan”

Wan Rudzina Wan Mansor
Pengurus Tarbiah Guru dan Staf
SRIH JB

KOLEKSI GAMBAR :


Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda