CEMERLANG !!! PASUKAN PINGPONG SMIH MENGUNGGULI SAINGAN

Inline images 2

Pada 29, 30 dan 31 Januari 2013, telah diadakan pertandingan MSSD Ping Pong bertempat di SJK(C) Tampoi. Sebanyak 8 kategori dipertandingkan iaitu acara Perseorangan dan Beregu bagi kategori Terbuka dan BKC (Bukan Kaum Cina). Sekolah Menengah Islam Hidayah menghantar penyertaan terbanyak dengan menyertai semua 8 kategori yang dipertandingkan.

 

 

Kejayaan pasukan Ping Pong SRIH sebelum ini diteruskan oleh abang – abang dan kakak – kakak mereka bagi pasukan Sekolah Menengah. Amat membanggakan kerana kesemua peserta yang dihantar membawa pulang pingat. Pasukan ini dilatih oleh Ustaz Azmen Yusof (Jurulatih Utama) dan dibantu oleh Ustaz Azri dan Ustaz Ezaidin. Tidak lupa juga kepada Ustaz Syafiq (s/u Sukan SMIH) dan En. Norshafiee yang juga turut membantu dalam pembentukan pasukan ini.

 

Setinggi – tinggi ucapan terima kasih ditujukan terutamanya kepada Ustazah Fauziah Abd. Salam (Pengetua SMIH), Ustazah Seri Juli Emaswati (Penolong Kanan Akademik) dan barisan guru –guru yang memudahkan urusan kami.

 

Keputusan penuh perlawanan adalah seperti berikut :-

 

 

JOHAN PERSEORANGAN LELAKI BKC

QAMARUSSALAM ISMAIL

Inline images 18

 

 

NAIB JOHAN PERSEORANGAN LELAKI BKC

ABDULLAH MUS’AB AIZAINI

Inline images 10


 

 

KETIGA PERSEORANGAN LELAKI BKC

QAMARUDDIN ISMAIL

Inline images 12


KETIGA PERSEORANGAN LELAKI BKC

IBRAHIM ADHAM MOHD FARITH

Inline images 13


JOHAN PERSEORANGAN PEREMPUAN BKC

QATRUN NAEMAH ISMAIL

Inline images 14


JOHAN BEREGU LELAKI BKC

ABDULLAH MUS’AB AIZAINI & QAMARUSSALAM ISMAIL

NAIB JOHAN BEREGU LELAKI BKC

QAMARUDDIN ISMAIL & IBRAHIM ADHAM

Inline images 15


NAIB JOHAN BEREGU PEREMPUAN BKC

QATRUN NAEMAH BINTI ISMAIL & NURSYAFIQAH BINTI DZULKEFLY

KETIGA BEREGU PEREMPUAN BKC

KHAIRUNNISA BTE AIDILAKBAR & SYAIMAA’ BINTI MOHD RASHID

Inline images 16

 

PASUKAN BANAT SMIH BERGAMBAR BERSAMA SAINGAN TERKUAT, PASUKAN TUN FATIMAH

Inline images 17

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda