KARNIVAL KOK MGBSIM….SMIH JUARA LAGI

Alhamdulillah, selesai sudah Karnival Kokurikulum MGB SIM 2012 di bumi Hidayah Johor Bahru. Tahniah kepada semua warga hidayah atas kejayaan menjadi Johan keseluruhan buat kali ke-3 berturut-turut. 

Karnival kali ini telah diadakan di Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru pada 6-7 Jun 2012. Acara  tahunan ini telah mengumpulkan pelajar dari 13 Sekolah Menengah Islam dan 19 Sekolah Rendah Islam yang bernaung di bawah IKRAM-Musleh.

Selain SMIH, Sekolah Rendah Islam Hidayah juga telah meraih kejayaan dengan mendapat tempat ke 2 keseluruhan.

Tahniah buat Pengetua SMIH Ustazah Fauziah binti Ab Salam selaku Pengarah Karnival atas penganjuran yang terbaik setakat ini dan ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan karnival yang hebat ini serta kepada Ketua Kontinjen Ustaz Ezaidin Norman dan teamnya.

Jutaan tahniah kepada pelajar-pelajar SMIH kerana berjaya membantu SMIH menjadi Johan Keseluruhan buat kali ke-3 berturut-turut terutama kepada Team Najahan yang berjaya mendapat Johan Keseluruhan dalam pertandingan nasyid selain dianugerahkan Persembahan Terbaik. Tahniah dan terima kasih juga buat semua guru yang sangat berjasa melatih pelajar sehingga menjadikan impian suatu kenyataan.

 Tahniah juga kepada pelajar-pelajar SRIH kerana turut mengambil bahagian dalam karnival kali ini. 

Terima kasih semua. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda