Temasya Sukan Tahunan Srih Ke 25

alt

Tema Sukan Tahunan Srih ke 25 kali ini adalah Berjuang Seiring Menuju Kegemilangan yang akan dirasmikan oleh Prof. Dr .Mahmood Md Tahir di Kompleks Sukan Hospital Permai,kempas pada 23 Februari 2013.

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua ibu bapa warga hidayah sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Saya bagi pihak sekolah menjemput dan mengalu-alukan kedatangan ibu bapa/ penjaga ke Temasya Sukan SRIH kali ke 25 yang akan berlangsung pada 23 Feb 2013 ini bertempat di Kompleks Sukan Hospital Permai Kempas Johor.

Bagi melancarkan Temasya sukan yang dirancang ini, saya ingin menyenaraikan beberapa perkara untuk perhatian kita bersama.

1. Parking – Ibu bapa boleh parking di kawasan yg mempunyai petak parking yang betul dan parking di kawasan yang tidak  mengganggu lalu lintas.

2. Pelan kedudukan ibu bapa – Semua ibu bapa dialu-alukan duduk di Astaka. 

Bapa : di sebelah kanan astaka. Ibu di sebelah kiri astaka. 

Bahagian atas adalah utk VIP manakala semua murid akan berada di khemah rumah masing-masing.

3. Tandas – Semua ibu bapa boleh menggunakan tandas yg berada di bawah Astaka.

4. Perbarisan – Bagi anak yg terlibat dengan perbarisan rumah sukan,diharap dapat datang awal bagi memudahkan urusan guru rumah membuat persediaan keceriaan. Bagi yg lewat akan dikeluarkan dari senarai penyertaan.

5. Sekiranya anak yg menyertai sukan tidak dapat hadir pd hari sukan, di harap ibu bapa tolong maklumkan segera supaya guru rumah dapat sediakan pengganti lebih awal.

6. Memastikan anak-anak bersarapan terlebih dahulu sebelom acara sukan bermula.

7. Bagi ibu bapa yg membawa anak2 kecil diharap dpt memastikan anak2 tidak mengganggu dan berada di atas balapan  ketika temasya sukan berlangsung.

8. Bagi yang ingin menyumbang wang ringgit atau sebagainya, pihak sekolah amat mengalu-alukan.

Akhir sekali pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua ibu bapa / penjaga yg sentiasa memberi komitmen yg tinggi terhadap setiap aktiviti yg dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah. Semoga segala sumbangan dan kerjasama yg diberikan diambil kira oleh Allah swt sbg Amal Soleh yg memberatkan timbangan di mahsyar kelak. Sama-sama kita doakan mudahan Sukan SRIH yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah s.w.t

Tema Sukan SRIH : “Berjuang Seiring Menuju Kegemilangan”


SOLEH.MUSLEH.CEMERLANG

MUHAMAD RAZIF BIN RAMLI

PK. KO-KURIKULUM SRIH 2013.

013-4486148


Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda