MSKPP MEMANAH JOHOR 2O11

Kejohanan Majlis Sukan Dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan (MSKPP) peringkat negeri Johor 28hb hingga 02hb Oktober 2011 baru-baru ini, menyaksikan pasukan Johor Bahru yang dibarisi oleh pemanah-pemanah Hidayah iaitu Ustaz Ezaidin dan Ustaz Mohd Nur serta Mohd Syamim (guru SMK Damai Jaya) telah berjaya membantu pasukan Johor Bahru menduduki tempat ke-3 keseluruhan berpasukan FITA dan Berpasukan Olimpik setelah mengalahkan lawan masing-masing. Keputusan keseluruhan pertandingan menyaksikan Ustaz Ezaidin menduduki tempat ke-6 dan ke-8 masing-masing bagi jarak 50 meter dan 30 meter seterusnya melayakkan beliau untuk menyertai sesi pemilihan mewakili Johor ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor Bahru. Manakala Ustaz Mohd Nur menduduki tangga ke-18 bagi kedua-dua jarak daripada 32 orang peserta yang bertanding. Walaupun baru hanya seminggu menjalani latihan, namun kedua-dua guru Hidayah ini masih mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan seterusnya mengharumkan nama Hidayah di persada Memanah di Johor ini. Semoga ia menjadi tarikan kepada guru-guru Hidayah yang lain untuk menceburkan diri dalam sukan yang menjadi Sunnah Rasulullah SAW pada masa-masa akan datang. Insyaallah. Amin. ALLAHU AKBAR!!!.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda