HIDAYAH ARCHERS TERUS CEMERLANG

  Hidayah Archers terus cemerlang……

Stadium Mini Daerah Pontian 24-26 Feb 2012 – Hidayah Archers sekali lagi membuktikan kehebatan di peringkat negeri Johor apabila berjaya mengungguli saingan bagi kategori yang dipertandingkan. Kejayaan Hidayah Archers dimulakan dengan penguasaan bagi kategori L12 apabila Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin menjadi Johan Keseluruhan buat tahun kedua berturut-turut apabila beliau menyumbangkan 5 pingat emas dan 1 pingat perak daripada 6 pingat yang dipertandingkan, diikuti Ismael bin Rosbi apabila mendapat tempat ke-3 keseluruhan. Beliau menyumbangkan 1 emas, 2 perak, 3 gangsa. 

Kejayaan ini seterusnya disumbangkan oleh Maisarah binti Kursus @ Othman apabila mendapat tempat ke-3 bagi jarak 30 meter dan tempat ke-4 bagi jarak 70 meter individu dan seterusnya membantu team Johor Bahru mendapat tempat ke-3 berpasukan P18 Tahun. Ungku Muhammad Asyraaf bin Ungku Mohsin mendapat naib johan berpasukan manakala Daniel Hakim bin Mohd Kasim dan Abdullah Marwan bin Mohd Khair mendapat tempat ke-3 berpasukan.

 Selain daripada itu, Muhammad bin Rosbi juga telah menyumbang pingat emas bagi acara berpasukan bersama Ismael dan Arieff Haikal. Bagi kategori P12 pula, gandingan Nurin Hanisah binti Shahrin, Nursofie Batrisyia binti Sanip dan Nurul Fatihah binti Ahmad mendapat tempat ke-3 berpasukan keseluruhan.

Tahniah kepada semua pemenang. Selepas ini, Muhammad Arieff Haikal dan Ismael telah terpilih mewakili negeri Johor ke Kejohanan Memanah MSSM peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuantan, Pahang dari 11-17 Mac 2012. Doakan mereka berjaya membawa nama Hidayah ke mercu kejayaan. Insyaallah. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama kepada guru pengiring, Ustaz Azri Ali, Bro Shafie Sadikin, Us Md Nor dan Ust Saidah. Juga kepada Puan Pengetua Ust Fauziah, Guru Besar Us Jelani, Timbalan Guru Besar Ust Rohaida dan lain-lain atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Semoga HIDAYAH terus menjadi JUARA. Takbir!!!!! ALLAHU AKBAR!!!!

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda