SMIH JUARA KARNIVAL MGBSIM KALI KEDUA BERTURUT-TURUT

  SMIH Juara Lagi……….

 

Alhamdulillah, Kontinjen Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru berjaya mengekalkan Juara Keseluruhan Karnival Ko-Kurikulum Majlis Guru Besar (MGB) Sekolah-Sekolah Islam Se-Malaysia buat kali kedua berturut-turut. Karnival yang diadakan pada 6-7 Jun 2011 ini menyaksikan SMIH menghantar seramai 56 orang peserta ke karnival yang diadakan di Sekolah Menengah Hira’, Jeram Selangor berbanding jumlah kontinjen tahun lepas seramai 80 orang. Pada tahun ini, kategori pertandingan dijalankan dalam 2 kategori iaitu Sukan dan Amal Islami. Antara pertandingan sukan yang dijalankan ialah Futsal, Ping Pong, Sepak Takraw (Banin), Bola Jaring, Catur dan Ping Pong (Banat). Manakala acara amal Islam pula ialah Tilawah, Hafazan, Nasyid, Khutbah Jumaat, Azan dan lain-lain lagi.

Mata kemenangan team SMIH ini disumbangkan melalui kemenangan (Johan) dalam acara Futsal, Ping Pong Perseorangan Banat, Ping Pong Bergu Banat, Ping Pong Bergu Banin. Selain daripada itu, team Hidayah mendapat tempat ke-3 dalam acara Sepak Takraw dan Bola Jaring. Catur Banat pula mendapat tempat ke-5. Manakala melalui acara amal Islami pula, SMIH mendapat tentangan yang hebat daripada wakil dari SMI lain apabila sekadar mendapat tempat ke-4 dalam acara hafazan banat, pidato banin, khutbah jumaat, gubahan banat. Seterusnya tempat ke-5 pula disumbangkan melalui acara hafazan banin dan khat banin dan banat.

Hasil kemenangan ini telah membolehkan team SMIH mendapat markah keseluruhan sebanyak 45 markah, hanya 5 markah melebihi pasukan di tempat ke-2 iaitu sebanyalk 40 markah.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, khususnya kepada Us Ezaidin Norman (Ketua Kontinjen), Us Azri Ali, Us Kasmuri Pohan, Ust Seri Juli Emas Wati Adnan, Ust Wan Nor Aini Wan Hamzah (Guru Pengiring), Us Omar Danial yang banyak membantu pengurusan persediaan kontinjen ke karnival dan kepada semua guru yang terlibat dalam menyediakan peserta. Tidak lupa juga kepada Pengetua, Ust Fauziah Ab Salam yang benyak memberikan sokongan dan dorongan kepada kontinjen. Alhamdulillah, semoga kita berjaya mengekalkan kejuaraan ini untuk tahun ketiga berturut-turut tahun depan. Insyaallah. Takbir!!!! Allahu Akbar !!!.


 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda