SMIH Johan Lagi…..

Tahun 2010 mencatatkan tahun cemerlang bagi sukan Sekolah Menengah Islam Hidayah. Sekirnya sebelum ini, kita telah menjadi Johan dalam sukan Boling Sepuluh Pin dan Bola Sepak L18, kali ini Ahmad Miqdad bin Mat Desa telah mengharumkan nama SMIH dengan menjadi Johan Acara Lempar Cakera L15 Tahun di Kejohanan Padang Dan Balapan MSSM Johor Bahru baru-baru ini.

Beliau secara automatik telah terpilih untuk mewakili daerah Johor Bahru ke Kejohanan Padang Dan Balapan MSSM Negeri Johor yang akan diadakan di Muar pada 17 April 2010. Sekalung tahniah kepada adik Miqdad. Kita doakan agar beliau akan terus mengharumkan nama SMIH ke persada negeri Johor pula. Insyaallah. Allahu Akbar!.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda