FARHAN HILMY TERPILIH MEWAKILI NEGERI JOHOR

Farhan Hilmy bin Mohd Razman meneruskan hayunan kecemerlangan…

apabila beliau kali ini berjaya mendapat Naib Johan kategori L18 Sepuluh Pin Peringkat MSSM Negeri Johor baru-baru ini. Pertandingan yang diadakan di Daiman Bowl ini menyaksikan Farhan Hilmy hanya tewas 23 jatuhan pin sahaja kepada peserta dari Segamat. Beliau seterusnya telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke Kejohanan Boling Sepuluh Pin Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di MITC Melaka pada 27 April 2010 akan datang. Warga Hidayah mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT MAJU JAYA kepada Farhan Hilmy untuk meneruskan rentak kecemerlangan ke peringkat kebangsaan pula. Insyaallah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda