TRIO 3A SMIH BANTU JB MUNCUL NAIB JOHAN MSSJ

Trio 3A iaitu Anas, Akif dan Ammar sekali lagi mengharumkan nama SMIH ke peringkat MSSJ.

Mereka bertiga yang telah terpilih mewakili daerah Johor Bahru ke pertandingan bola sepak peringkat MSSM Negeri Johor telah berjaya membantu daerah Johor Bahru muncul sebagai Naib Johan pertandingan berkenaan yang telah diadakan di Kota Tinggi. Pada perlawanan akhir itu, trio 3A ini bertindak sebagai pemain utama bagi daerah Johor Bahru menentang Sekolah Sukan Tun Hussien Onn, Kluang. Perlawanan itu berkesudahan seri 1-1 dengan gol pembukaan untuk pasukan Johor Bahru disumbangkan oleh Anas bin Abdul Jalil (Ketua Pasukan). Namun, kemenangan tidak berpihak kepada Johor Bahru apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan 4-5. Salah seorang daripada trio 3A itu, Anas bin Abdul Jalil telah terpilih untuk menjalani sesi pemilihan bagi mewakili Negeri Johor ke pertandingan peringkat MSSM yang akan tidak lama lagi. Semoga berjaya kita doakan kepada Anas. Syabas dan tahniah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda