Ihtifal Srih kali ke 20 telah diadakan dengan jayanya

 

Ihtifal Srih ke 20 yang diadakan pada 21 November 2009 bersamaan 4 Zulhijjah 1430H bertajuk GENERASI MUSLEH PEWARIS KEGEMILANGAN UMMAH

Ihtifal Srih ke 20 telah diadakan dengan jayanya dan telah di rasmikan oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif Pusat Pendidikan SRI-SMI BHD(Musleh) iaitu Prof.Dr.Haji Omar bin Yaakob.Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran,ucapan Guru Besar,Lembaga Pengelola Hidayah dan Perasmi.

Anugerah Pelajar contoh Aulad disandang oleh adik Yusof bin Zamani manakala Banat telah disandang oleh adik Nurul Asyikin binti Zabri, kedua-dua pelajar ini telah memperolehi 13A dalam peperiksaan SPPM dan 5A dalam peperiksaan UPSR 2009.Anugerah penghafaz terbaik keseluruhan adalah adik Yusof Zamani,Abdullah Mus’ab Mohd Aizaini,Muhammad Mujahid Zaharuddin dan Umaimah Mohd Hatta.Anugerah-anugerah yang lain adalah seperti Anugerah Penghafaz terbaik Tahun 1~6,Anugerah kecemerlangan Akedemik tahun 1~6,Anugerah prestasi meningkat tahun 1~5,Anugerah Akhlak mulia tahun 1~6,Anugerah Tunas Kadet Remaja sekolah Musleh terbaik peringkat 1~3 ,Anugerah terbaik Kokurikulum(Kelab,Sukan dan Permainan) dan Anugerah Kehadiran penuh tahap 1 dan 2.Penghargaan juga diberikan kepada pengawas tahun 6,Pustakawan,Petugas UPP,Pengawas Kebersihan,Kelas terbersih dan Terceria,Petugas kedai Srih dan Ketua/ Penolong Kelas tahun 1~.6.

Selain acara pentas, berbagai pameran kerja tangan pelajar, pameran NGO, jualan makanan, jualan buku, pakaian dan ‘car-boot-sale’. Ibu bapa dan guru-guru juga berpeluang memperolehi hadiah melalui ‘cabutan bertuah’  sebanyak 16 hadiah berupa Hamper, Barangan Elektrik, Tupparware, dan lain-lain telah disediakan. Boot e-Tutorial PIBG sebagai pilot projek untuk pelajar SRIH telah dilancarkan oleh VVIP di Kelas 1 Muslim. Para pelajar yang hadir berpeluang mencuba aktiviti di Boot e-Tutorial dan Hadiah-hadiah disediakan bagi mereka yang dapat menjawab semua soalan dengan betul-100%. 3 buah komputer disediakan untuk tujuan tersebut. Ini adalah salah satu projek PIBG agar ibu-bapa dapat mengetahui projek e-tutorial untuk disertai oleh para pelajar secara on-line selepas ini. e-Tutorial menawarkan tutorial subjek-subjek akademik dan deeniyah. Para murabbi SRIH turut menjayakan projek ini melalui sumbangan soalan-soalan yang diupload di dalam perisian e-Tutorial.

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Ihtifal Srih kali ke 20 iaitu Ustazah Zunaidah Yacob dan Ahli Jawatan kuasanya
 

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda