Seramai 389 orang pelajar Sekolah Islam Hidayah akan mengikuti program Mukayyam pada hujung minggu ini bermula pada 26 Jun (Jumaat) hingga 29 Jun (Isnin). Mereka terdiri dari pelajar Tahun 5 SRIH, Tingkatan 3 dan 5 SMIH.
Dari jumlah tersebut, 157 orang pelajar Tahun 5 SRIH, 115 orang pelajar Tingkatan 3 dan 117 orang pelajar Tingkatan 5.
Pihak sekolah mengambil kesempatan cuti panjang hujung minggu untuk melaksanakan mukayyam yang menjadi akviti tahunan setiap pelajar Tahun 4 SRIH hingga Tingkatan 5 SMIH. Hari Isnin 29 Jun adalah hari cuti umum rakyat Johor kerana cuti Hol Sultan Johor.
Pelajar Tahun 3 akan mengadakan mukayyam mereka di Taman Pertanian Kong Kong, Pasir Gudang, Johor. Pegurusan mukayyam tingkatan 3 pula memilih Kem Kaizen, Pontian, Johor sebagai tempat mukayyam.
Tempat mukayyam tingkatan 5 pula masih dirahsiakan kerana menjadi sebahagian polisi perlaksanaan modul mereka.
Mukayyam adalah aktiviti tahunan sekolah bermula dari tahun 4 SRIH hingga tingkatan 5 SMIH. Melaluinya, pelajar akan dilatih untuk menjadi sabar, lasak, berani, mampu berkomunikasi, boleh berinteraksi, mampu menghadapi cabaran, sedia menerima arahan, meningkatkan tahap pengorbanan, meningkatkan uhkuwah dan bersedia menghadapai cabaran dunia luar.
Berbeza dengan mukayyam yang lain, mukayyam tingkatan 5 adalah kemuncak kepada 8 siri mukayyam yang dilalui pelajar. Ia dikendalikan khusus oleh sekumpulan bapa-bapa pelajar yang mempunyai kepakaran khusus dalam pengendalian mukayyam.
Pelajar-pelajar akan dilatih memahami realiti cabaran dunia luar, kepentingan berorganisasi, hidup saling membantu, berfikiran betul ketika berjiwa remaja dan kental menghadapi cabaran. Semuanya dicapai dengan melalui modul yang direka khas untuk mereka.
Secara tidak langsung mukayyam tingkatan 5 juga bertujuan mempersiapkan pelajar dalam menghadapi SPM.
Kepada semua pelajar, selamat bermukayyam. Semoga anda sekelian akan menjadi muslim yang mampu berperanan.