Perkhemahan Motivasi T5


Pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah akan mengadakan program perkemahan dan motivasi  bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 sepertimana yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Di antara objektif program tersebut ialah agar pelajar dapat :

2.1          Membina Ukhuwah dan semangat berpasukan di kalangan pelajar

2.2          Mampu menghadapi rintangan dari sudut emosi,mental dan fizikal menempuh cabaran selepas alam persekolahan

2.3          Meningkatkan kesedaran untuk mencapai kecemerlangan SPM

 

Maklumat program adalah seperti berikut :

Tarikh: 4 Jun ( 2.00 ptg) –  7 Jun 2010 ( 5.00 ptg )

Tempat: Tanjung Resang, Mersing

Tempat Berkumpul: Sek. Men.Islam Hidayah (2.00 petang)

Yuran: RM 70 seorang

Kehadiran: Wajib

 Pihak sekolah amat berharap agar tuan/puan dapat mempastikan anak jagaan tuan/puan menyertai program ini supaya kecemerlangan pelajar yang kita harapkan dapat kita bina bersama.

Untuk makluman pihak tuan/puan, ketidakhadiran dalam program ini akan menjejaskan markah ko-kurikulum pelajar bagi kemasukan ke IPTA.

Kerjasama diharapkan dari pihak tuan/puan agar dapat menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak jagaan tuan/puan ke sekolah mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada guru pengiring berikut:

 

i)                Pn. Fauziah Abd. Salam     

          No. HP :  0127598349 

 

ii)             Pn. Nor Rashidah Md Jadi 

          No. HP :  0197757329

 

iii)            Pn. Seri Juli Emas Wati Adnan         

          No. HP :  0177647701

 

Sila kembalikan maklumbalas beserta dengan bayaran sebelum atau pada 28 Mei 2010 kepada Pn. Seri Juli Emas Wati Adnan.  Segala kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan berbanyak terima kasih.

 

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Share on facebook
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on twitter

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda