Alhamdulillah,
Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 telah melabuhkan tirainya pada tarikh 2-5 Disember 2024.
Seramai 8 orang guru pengawas dari SMK sekitar JB ditugaskan di SMIH.
Syabas diucapkan kepada semua calon yang berusaha memberi jawapan yang baik walaupun memperoleh soalan-soalan berunsur Kbat yang lebih mencabar pada tahun ini. Mereka tetap menunjukkan usaha dan komitmen yang padu dengan membawa harapan menggunung bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.
Semua calon mematuhi arahan dan peraturan sepanjang pelaksanaan ujian ini. Semoga kejayaan menjadi milik mereka. Aaminn.
Barisan pengawas merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas layanan sekolah yang sangat baik kepada mereka.
Terima kasih kepada semua guru yang membantu melancarkan dan mendoakan Ujian Bertutur Bahasa Melayu ini berjalan lancar.
Panitia Bahasa Melayu
SMIH JB 2024