Alhamdulillah, seramai 5 orang murid SMIH telah terpilih dan layak bertanding di peringkat Semi-Final dalam UCSI University National Public Speaking Competition 2026 yang bertemakan “Speak Your Dreams Into Reality“.
Murid-murid yang mewakili sekolah ke peringkat separuh akhir kebangsaan ini ialah:
– Tuan Nur Muhammad Adam Irsyaduddin bin Deby Hendra
– Muhammad Samir Nadzri bin Abdullah
– Zehin Saiful Islam bin Azizul
– Shafyah bt Mohd Helmy
– Afiefatul Ulyaa bt Mohd Zawawi
Walaupun rezeki tidak berpihak untuk melangkah ke pentas Grand Finals, kesemua peserta telah mempamerkan keberanian dan skil pengucapan awam yang membanggakan di pentas kebangsaan.
Masing-masing pulang dengan sijil penyertaan serta pengalaman yang amat berharga.
Tahniah diucapkan kepada semua murid atas usaha gigih, serta terima kasih kepada pihak sekolah, guru dan ibu bapa atas sokongan padu.
Guru Pembimbing SMIH JB
