Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berjaya melaksanakan Program Immersion Tingkatan 5 dengan kerjasama pihak Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru selama seminggu pada 6 hingga 10 April 2026.
Seramai 10 orang murid Tingkatan 5 telah berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti akademik dan sahsiah di sekolah berasrama penuh yang cemerlang ini.
Sepanjang program berlangsung, murid-murid telah:
📚 Mengikuti sesi PdP bersama murid sekolah tuan rumah
📝 Menyertai klinik subjek dan bengkel teknik belajar berkesan
🤝 Terlibat dalam aktiviti mentor-mentee bersama pelajar
⏰ Mempelajari budaya pengurusan masa dan disiplin pelajar berasrama penuh
Program ini memberi pendedahan yang sangat bermakna kepada murid dalam meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru atas kesudian menerima kehadiran murid-murid kami serta memberikan bimbingan dan perkongsian yang sangat berharga.
Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid dalam peperiksaan SPM serta pembentukan sahsiah yang unggul.
✨ “Pengalaman berharga, inspirasi bermakna, menuju kecemerlangan!”
~Penyelaras SEP (SPM Excellent Project) ~
ProgramImmersion
SOD28Tingkatan5
MenujuKecemerlanganSPM
SPMExcellentProject




















