Alhamdulillah Kejohanan Badminton MSSD JB 2026 telah berlangsung pada 13-16 April 2026 bertempat di Daiman Sports Centre, Sri Skudai, JB. Kejohanan ini telah disertai oleh enam orang wakil murid Sekolah Menengah Islam Hidayah JB yang terdiri daripada kategori Lelaki bawah 15 dan 18 tahun serta kategori Perempuan bawah 15 sahaja.
Berikut ialah senarai nama pemain mengikut kategori:
Lelaki 15
- Zahin Irfan bin Shaiful Haili – 1 Hikmah
- Muhammad Adfzal bin Apiz – 2 Thiqah
Lelaki 18
1) Muhammad Uwais AlQarni bin Mohd Junaidi – 4 Imtithal
2) Muhammad Ar-Razy bin Abuzar – 4 Ilham
Perempuan 15
1) Hanan Athirah bt Mohd Shahidan – 2 Islah
2) Zahirah bt Zulkifli – 1 Ithar
Lima orang wakil sekolah (Uwais, Afdzal, Zahin, Hanan dan Athirah) telah menang pada Pusingan 1 peringkat kumpulan kalah mati manakala seorang lagi (Razy) tidak berjaya mara. Walau bagaimanpun, kelima-lima wakil sekolah ini telah kandas juga pada Pusingan ke-2 peringkat kumpulan kalah mati.
Secara keseluruhannya, semua pemain menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Semoga penglibatan dan pendedahan di peringkat mssd ini dapat menghasilkan barisan pelapis badminton sekolah yang lebih cergas dan berkualiti untuk perlawanan masa akan datang.
Guru pengiring bagi kejohanan ini ialah Ustaz Amirul Ahmad dan Ustazah Nur Liyana Mohd Tahir.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain yang telah mempromosikan nama sekolah secara tidak langsung mencerminkan motto “Da’wah through sports”.
Desediakan oleh:
u. Amirul Ahmad
Penyelaras Badminton
SM Islam Hidayah JB











