Tema: Membina Generasi Bijak Mengurus Kewangan
Tarikh: 20 November 2026 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Tabuk, Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru
Kumpulan Sasaran: Murid Tingkatan 4
Penceramah Jemputan: Puan Eunice Loh (Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, ATS Wealth Advisors Sdn. Bhd.)
Alhamdulillah program ini telah diadakan dengan matlamat utama untuk memberikan pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan ilmu pengurusan kewangan. Selain itu, bertujuan memupuk amalan kewangan yang bijak, melahirkan generasi yang celik kewangan, serta membina kemahiran merancang perbelanjaan secara berhemah sejak di bangku sekolah.
Slot ceramah utama telah disampaikan oleh Puan Eunice Loh Tien Niu yang merupakan seorang ahli korporat dan pakar dalam bidang penasihat kewangan dan digandingkan bersama Cik Charley Chan Xze Li wakil penasihat kewangan. Sepanjang program berlangsung, penceramah berkongsi ilmu asas pengurusan kewangan, strategi menabung, kepentingan merancang bajet, serta cara mengelakkan diri daripada masalah pengurusan wang yang tidak bijak.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Diharapkan agar pengetahuan, kemahiran, dan sikap positif yang diperoleh menerusi perkongsian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid Tingkatan 4 dalam kehidupan seharian mereka.
Jazakumullah khayron buat Puan Pengetua Ustazah Seri Juli, barisan penolong kanan dan guru-guru atas sokongan serta ruang yang diberikan untuk melaksanakan program ini.
Barakallah feekum buat guru-guru (ustaz /ustazah) Mohamad Shukri Ab Rahman,
Muhammad Farid Mohamed Nazari,
Ruhanah Ibrahim,
Nur Hidayah Kusan,
Siti Suhailah Tasmon,
Marlina Basri,
Siti Shamtidar Boahari
yang bertungkus lumus memastikan program berjalan dengan lancar.
Disediakan Oleh :
Guru Penyelaras
Prinsip Perakaunan
Dan Ekonomi Asas







