HARI : ISNIN
TARIKH : 23/11/2026
TEMPAT : Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn
MASA : 8.00 – 1.00 petang
PENGANJUR : Unit Pembangunan Sahsiah Murid
PERINGKAT : SEKOLAH
BIL KEHADIRAN : 170
KATEGORI : AKTIVITI UNIT PSM
_____________________________________________________________________
PERINCIAN PROGRAM:
Alhamdulillah telah selesai program Rehlah bagi anak-anak Tingkatan 2. Program ini merupakan program tahunan batch. Ia bertujuan membina rasa ukhuwah antara batch melalui aktiviti “teamwork” yang dijalankan. Selain itu murid-murid diberi peluang mengambil ibrah daripada sesi permainan dan tazkirah yang dijalankan. Program ini berakhir pada jam 12.50 tgh dengan ucapan penutup wakil JPS iaitu Ust Ahmad Taufiq Jaafar dan Ust Siti Shamtidar Boahari. Setelah itu murid-murid telah pulang ke sekolah untuk menunaikan solat zohor berjemaah dan berehat. Semoga program tahunan ini berjaya mencapai objektif yang dirancangkan.
Alhamdulillah pada 23 November 2026 telah berlangsung Rehlah Tingkatan 2.
Program ini merupakah salah satu program tarbiyah batch iaitu Rehlah berjaya dilaksanakan. Bertempat di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn, pelajar- pelajar T2 dan guru penyelaras tarbiyah bersama- sama berukhuwah dalam aktiviti explorace.
Aktiviti resolusi rehlah dan penutup dilaksanakan di sejurus selesai aktivti sebelum Zohor.
Rehlah berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari.
Rehlah ini dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Batch 31 yang diketuai oleh Saudara Muhammad bin Ezam (2 Tasamuh) selaku pengarah dan Saudari Siti Aminah bt Suhaimi (2 Tajarud) selaku timbalan pengarah di bawah bimbingan Guru Penyelaras iaitu Ustazah Khadijah Salim, Ustaz Adam Luthfi, Ustaz Masdinizam Shamsudin Shukor, Ustazah Syifaa Mohd Hatta, dan Ustazah Fatimah Mamat.
Kebanyakan aktiviti dikendalikan oleh MT batch dengan pantauan guru penyelaras. Keseluruhannya, Rehlah ini berjalan dengan lancar. Namun, masih banyak perkara yang boleh diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada sokongan ibu bapa, murid dan guru-guru yang menjayakan





