Alhamdulillah, Program Bengkel Ibadah Tingkatan 2 telah selesai dilaksanakan. Program ini diadakan pada 14 Mei 2026 bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.
Program Bengkel Ibadah ini diwajibkan kepada semua murid Tingkatan 2 dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid mengenai tayamum dan solat ketika sakit yang telah dipelajari dalam silibus KSSM. Program ini dikendalikan oleh guru-guru dari Bidang Ilmu Wahyu dan dibantu oleh fasi alumni seramai 10 orang.
Program dimulakan dengan melakukan simulasi tayamum, seterusnya diadakan sesi pengisian berkaitan Rukhsah Dalam Solat yang telah disampaikan oleh Ustaz Sufbri bin Karmin di Dewan Tabuk, disertai aktiviti LDK.
Program diakhiri dengan sesi resolusi, penyampaian saguhati kepada fasilitator.
Diharapkan segala ilmu yang disampaikan dan ditimba dari Bengkel Ibadah ini dapat memberi banyak manfaat dalam kehidupan semua peserta. insya Allah.









