SMIHJB | LAPORAN PROGRAM KLINIK IBADAH TINGKATAN 1

Assalamualaikum Alhamdulillah
Program Klinik Ibadah Tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan pada tarikh 13 mei 2026 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari..

Program ini diwajibkan kepada semua murid Tingkatan 1 dengan tujuan memperkukuhkan kefahaman dan amali pelajar berkaitan ibadah khususnya wudhuk dan solat.

Program ini dikendalikan oleh Guru2 dari bidang Ilmu Wahyu dan dibantu oleh fasi alumni seramai 8 orang.

Antara pengisian utama program ialah Sesi Pengisian berkaitan Wudhuk, Solat dan Bacaan Dalam Solat

Seterusnya, pelajar menjalani beberapa sesi LDK (Latihan dalam Kumpulan) dan sesi mini explorace di kawasan sekolah

Program diakhiri dengan sesi resolusi, penyampaian hadiah dan saguhati kepada peserta serta fasilitator, diikuti majlis penutup.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya iaitu memberi kefahaman pelajar Tingkatan 1 terhadap pelaksanaan ibadah yang sahih dan sempurna.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda