Alhamdulillah, pihak Kadet Remaja Sekolah (KRS) Sekolah Menengah Islam Hidayah JB telah berjaya menganjurkan program perkhemahan KRS yang melibatkan semua murid tingkatan 4.
Program ini telah diterajui oleh Ustaz Anas Ma’ruf bin Yahya selaku pengarah program serta di sokong oleh 12 orang guru lain termasuklah guru KRS ,mentor dan penyelaras tarbiah tingkatan 4.
Berikut merupakan butiran mukhayyam:
Tarikh : 28 – 30 Mei 2025
Hari : Rabu hingga Jumaat
Tampat : Tanjung Resang Indah Chalet
Kehadiran: 149 pelajar
Tema: Ukhuwah teras kejayaan
Objektif utama mukhayyam kali ini ialah:
1.Melatih kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta.
2.Membina kekuatan dan semangat pasukan dalam batch.
3.Membina kesedaran menjadi qudwah dalam diri peserta.
Menjiwai dan memanifestasi tarbiyah dalam diri.
1.Memupuk minat pelajar terhadap aktiviti KRS.
2.Menguasai kemahiran asas dalam KRS
3.Memupuk persefahaman dan semangat pasukan dalam batch.
4.Membina kesedaran menjadi qudwah dalam diri peserta.
5.Menjiwai dan memanifestasi tarbiyah dalam diri.
Semua pelajar telah menunjukkan kesungguhan, komitmen yang berterusan dan kerjasama yang baik sepanjang program mukhayyam ini berlangsung.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh mukhayyam dilaksanakan bagi membina kekuatan fizikal dan rohani murid bagi membentuk jatidiri muslim yang bertaqwa dan musleh.
Berikut adalah aktiviti-aktivitinya:
- Pertandingan memasak
- Ais breaking
- Misi Kembara
- Team building
- Aktiviti Kerohanian: Tazkirah dan Qiyamullail
6.Rasionalisasi
Kemuncak kepada program ini ialah pemilihan peserta terbaik mukhayyam.
Syabab Terbaik Mukhayyam Tingkatan 4 2025 ialah Sarjan Wan Ahyan Sufi bin Wan Shaham manakala Fatayat Terbaik ialah
Kadet Aishah binti Kusairi.
Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Sekolah (JPS), guru-guru mukhayyam yang bertungkus lumus bagi memastikan mukhayyam berjalan lancar, murid-murid tingkatan 4 dan ibubapa kerana memberi sokongan kepada kami sehingga program ini selesai dengan jayanya.
Jazakumullahu Khairan

















