ποΈββοΈ Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang
Alhamdulillah, dua orang murid dari SMIH telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Golf MSSM 2025 yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang pada 27/05/2025 hingga 29/05/2025 yang lalu.
πΉ Mohamad Nabil Banin bin Abdullah (4 Muraqabah) berjaya meraih tempat ke-12
πΉ Muhammad Adlan bin Mohamad Nizam (5 Ikhlas) menduduki tempat ke-29
πΈ Jumlah keseluruhan peserta: 44 orang dari seluruh Malaysia
Syabas dan tahniah atas semangat juang yang tinggi! Semoga kejayaan ini menjadi motivasi untuk terus melangkah lebih jauh.
Penghargaan setulusnya buat pihak Pengurusan Sekolah, Puan Pengetua, PK Kokurikulum, serta ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang kejohanan ini.
“Dan katakanlah (wahai Muhammad), bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin⦔
β Surah At-Taubah, ayat 105
“Sesungguhnya Allah mencintai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh dan sempurna).”
β Hadis Riwayat al-Baihaqi
Semoga pencapaian ini membawa keberkatan dan menyemai semangat untuk terus berusaha dan berjaya, insya-Allah.
Ustaz Amin
Penyelaras Sukan Golf



