Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad (Kopsmih) telah memenangi tempat Ke-6 bagi Kategori Anugerah 30 Koperasi Sekolah Terbaik Negeri JOHOR , pada Majlis Apresiasi Koperasi Sekolah Terbaik Negeri Johor 2024. Program ini telah diadakan di Trove Hotel Johor Bahru pada 20 Februari 2025.
Pengerusi Koperasi SMIH JB Berhad , Ustazah Seri Juli Emas Wati Adnan dan Ustzh Suharti Selamat selaku Setiausaha Koperasi SMIH telah menerima trofi dan sijil bagi anugerah berkenaan.
Majlis ini telah dirasmikan
oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.
Kejayaan ini adalah hasil bimbingan berterusan melalui program Miricle IKMA JOHOR Selatan, ahli Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Hidayah, jawatankuasa pengurusan sekolah (JPS) dan barisan Anggota Lembaga Koperasi SMIH Berhad yang sangat komited dalam menjana idea yang berterusan, sentiasa menyokong, membantu dan memastikan kelancaran program yang dijalankan di koperasi ini.
Selain daripada itu kecekapan warga koperasi itu sendiri sekali gus menunjukkan Koperasi SMIH Berhad diurus dengan cekap dan teratur. Penilaian utama yang ditekankan ialah berdasarkan kepada pengurusan dan pengendalian akaun koperasi yang baik serta dalam masa yang sama mendidik murid Sekolah Menengah Islam Hidayah ( SMIH ) meminati bidang keusahawanan dan koperasi.
Kejayaan ini juga merupakan sumbangan daripada semua warga SMIH JB iaitu bermula dengan sokongan yang padu daripada pengurusan tertinggi, kakitangan dan juga murid-murid secara keseluruhannya. Penglibatan murid-murid melalui program-program keusahawanan juga secara tidak langsung memberi impak kepada pelaksanaan pengurusan koperasi ini untuk berjalan dengan baik selain pengurusan koperasi yang cekap bertepatan dengan moto Kopsmih
“MUAFAKAT MEMBAWA BARAKAH”
SEMOGA KOPSMIH TERUS MELAKAR KEJAYAAN,
TAHNIAH UNTUK SEMUA WARGA SMIH!]




