SMIHJB | LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS SMI AS SYDDIQ DAN RAUDHATUL IMAN KE SEK MEN ISLAM HIDAYAH JB

Pada 11 September 2026 (Jumaat ) yang lalu, Sek Men Islam Hidayah Johor Bahru telah menerima kunjungan dari Sek Men Islam As Syddiq, Simpang Renggam dan Raudhatul Iman, Skudai. Kunjungan ini terdiri dari para guru seramai 10 orang.
Sekolah Menengah Islam As Syddiq Simpang Renggam diketuai oleh Pengetua Pn Nusaibah Wahidah bt Md Yamin manakala Raudatul Iman Education Sdn Bhd Skudai Johor diketuai oleh Guru Besar Pn Muizah binti Muhammad.

Lawatan penanda aras ke Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dibuat bagi menimba pengetahuan berkaitan pengurusan sekolah, pelaksanaan program pendidikan, pengurusan kurikulum dan pentaksiran selain membina hubungan sinergi kedua belah pihak.

Peserta mendengar ucapan aluan dan pengenalan berkaitan sekolah dari Pengetua, Pn Seri Juli Emas Wati. Seterusnya peserta mendengar perkongsian berkaitan sistem e-file oleh Ketua Unit Kualiti, Ustaz Mohd Shukri Abd Rahman berkaitan konsep perlaksanaan e-file. Peserta kemudian berpecah mengikut unit dan bahagian masing-masing untuk mendalami lebih lanjut berkaitan pengurusan akademik, hal ehwal murid dan tarbiah. Peserta juga berkesempatan melawat sekitar sekolah antaranya asrama lelaki dan perempuan.

Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ke Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru merupakan satu inisiatif yang memberi impak positif dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan dan pendidikan di SRI Raudhatul Iman dan SMI As Syddiq. Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan amalan terbaik yang diperoleh dapat dikongsi bersama warga sekolah serta diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan penambahbaikan yang bersesuaian. Kerjasama dan hubungan profesional yang terjalin juga diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda