Assalamu’alaykum wrm wbt
Pada 12-19 September 2026. 9 orang peserta menyertai program Jambore 3 Sekolah Alam Student Scout(SASS) anjuran Jaringan Sekolah Alam Nusantara(JSAN) yang ditempatkan di Spekta Merbabu, Semarang, Indonesia
9 orang pelajar kita menjadi wakil Sekolah Menengah bagi KRS MUSLEH. KRS MUSLEH telah menghantar seramai 43 orang peserta dalam kalangan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Antara pertandingan bagi peserta Sekolah Menengah ialah High Rope, Axe-Throwing, Knife-Throwing, Tahfidz serta Cerdas Cermat.
Pertandingan utama yang perlu disertai peserta Sekolah Menengah ialah Survival Camp, di mana peserta dalam kumpulan perlu merentasi hutan dan berpindah-pindah ke 3 lokasi perkhemahan termasuk bermalam di dalam hutan. Suasana sejuk di hutan serta kaki gunung memastikan peserta mendepani cabaran untuk kekalkan aktiviti hirasah sambil memastikan unggun api tersedia untuk ahli kumpulan yang sedang tidur
Sesungguhnya ini adalah program yang memberikan pengalaman yang kaya dan penuh erti persahabatan bersama rakan serumpun
Semoga tautan ukhuwwah yang dibina boleh berkekalan dan menjadikan semangat baru untuk mendepani cabaran yang lebih besar di masa hadapan
Imran Omar
Guru Pengiring
Jambore 3 SASS

















