Smihjb | Laporan Kejohanan Olahraga Terbuka Melaka 2024

Tarikh: 14 – 15 Disember 2024
Lokasi: Stadium UTeM, Melaka

Guru Pengiring:

Mohamad Amin bin Ahmad (Jurulatih)

Peserta Terlibat:

  1. Terbuka Lelaki:
    Mohamad Syahid bin Benyamin (4 Abqari)
    Acara: Merejam Lembing
  2. Lelaki 16 Tahun:

Afiq Fikri bin Riza Afzal (4 Ilham)
Acara: Melempar Cakera

Emran Eqmal Daniel bin Mustafa Kamal (4 Muraqabah)
Acara: Melempar Cakera

Muadz bin Mohd Fadzly (4 Muraqabah)
Acara: Lontar Peluru

Darwisy Aminuddin bin Mohd Firdaus (4 Ittihad)
Acara: 800 meter

Shazrul Airell bin Shafiee (4 Ilham)
Acara: 4×100 meter

Ariff Ajmal bin Muhammad Tuah (4 Ittihad)
Acara: 4×100 meter

Danish Aiman bin Md Akib (4 Indhibah)
Acara: 4×100 meter

Muhammad Alif Irsyad bin Mohamad Fadzli (2 Taqwa)
Acara: 4×100 meter

Prestasi Peserta:

  1. Mohamad Syahid bin Benyamin
    Acara: Merejam Lembing
    Prestasi: berjaya memperbaharui Personal Best (PB).
  2. Afiq Fikri bin Riza Afzal
    Acara: Melempar Cakera
    Prestasi: berjaya memperbaharui Personal Best (PB).
  3. Emran Eqmal Daniel bin Mustafa Kamal
    Acara: Melempar Cakera
    Prestasi: Berjaya mencapai Personal Best (PB).
  4. Muadz bin Mohd Fadzly
    Acara: Lontar Peluru
    Prestasi: Menunjukkan prestasi yang baik.
  5. Darwisy Aminuddin bin Mohd Firdaus
    Acara: 800 meter
    Prestasi: Menunjukkan prestasi yang sangat baik.
  6. Atlet 4x100m juga menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan.

Dengan penuh rasa syukur, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

  1. Pengetua sekolah atas sokongan padu dan dorongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan penyertaan pelajar ke Kejohanan Olahraga Terbuka Melaka 2024.
  2. Penolong Kanan Kokurikulum atas perancangan dan pengurusan rapi yang memastikan kelancaran program ini serta memberi peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan potensi mereka.
  3. Ibu bapa pelajar atas kepercayaan, sokongan moral, dan dorongan berterusan yang menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan.
  4. Penaja atas sumbangan ikhlas yang telah membantu meringankan beban perbelanjaan serta memberi motivasi kepada para peserta untuk beraksi dengan penuh semangat.

Komitmen semua pihak ini telah memungkinkan pelajar kita menunjukkan prestasi cemerlang dalam kejohanan ini. Kejayaan mereka adalah hasil usaha bersama. Sekalung penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda