SMIHJB | LAPORAN BOLA BALING MSSD LELAKI BAWAH 18 TAHUN

Pasukan Bola Baling Lelaki B18 Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru telah menyertai Kejohanan Bola Baling MSSD Johor Bahru 2026 yang berlangsung di Velodrom Iskandar Puteri pada 30 Jun 2026.

Sepanjang saingan peringkat kumpulan, pasukan SMIH JB mempamerkan semangat juang dan komitmen yang tinggi dalam setiap perlawanan. Daripada lima perlawanan yang telah diharungi, pasukan berjaya mencatat satu kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan. Walaupun tidak berjaya ke pusingan seterusnya, pasukan bola baling SMIH menunjukkan peningkatan prestasi dari tahun lepas memandangkan tahun ini merupakan kali kedua pasukan ini menyertai di peringkat MSSD.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua dan barisan JPS yang memberikan galakan untuk para pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta semua pihak. Semoga pasukan Bola Baling SMIH JB mendapat kemenangan dalam perlawanan pada tahun hadapan.

u. Amirul Ahmad
Guru Pengiring Bola Baling
SMIH JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda