SMIHJB | KEJOHANAN MSSD BOLA SEPAK U18 JOHOR BAHRU 2025

  1. Pengenalan
    Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Johor Bahru bagi tahun 2025 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak serta memilih wakil daerah untuk bertanding di peringkat MSSJ dan seterusnya MSSM.
  2. Tarikh dan Tempat
  • Tarikh: 12 – 15 Jun 2025
  • Tempat: Padang Bola Sepak Mutiara Arena, Bandar Dato’ Onn
  1. Penyertaan
    Sebanyak 36 buah sekolah menengah dari seluruh daerah Johor Bahru telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dalam kategori bawah 18 tahun.
    Setiap pasukan terdiri daripada maksimum 18 orang pemain dan 4 pegawai.
  2. Format Pertandingan
    Kejohanan dijalankan secara format liga kumpulan pada peringkat awal dan sistem kalah mati pada peringkat suku akhir hingga ke perlawanan akhir.
  3. Keputusan pasukan SM Islam Hidayah Johor Bahru
    Peringkat Kumpulan : Juara kumpulan
  • SMIH JB 2 – 1 KV PERDAGANGAN
  • TEKNIK JB 1 – 1 SMIH JB
  • FOON YEW 0 – 1 SMIH JB
  • MUTIARA RINI 1 – 1 SMIH JB
  • 2 Kemenangan & 2 seri serta mengumpul 8 mata.

Peringkat kalah mati : (Kalah)

  • SMIH JB 1 – 1 TSNI
  • PENALTI 5 – 5
  • SUDDEN DEATH 0 – 1
  1. Rumusan
    Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Tahap disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan pemain, jurulatih dan pegawai sangat membanggakan. Beberapa pemain telah dikenalpasti berpotensi tinggi untuk mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat MSSJ.
  2. Penutup
    Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini, terutamanya Puan Pengetua, PK Kokurikulum, barisan kejurulatihan & pengurusan pasukan. Diharapkan kejohanan seumpama ini terus menjadi wadah pembangunan sukan bola sepak di peringkat sekolah.

Disediakan oleh:
Muhammad Nazrin bin Abd Malik
Pengurus Bola Sepak SM Islam Hidayah Johor Bahru
Tarikh: 15 Jun 2025

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda