Pada 15 Jun 2026 (Isnin), SMIH JB telah mengadakan Hari Keusahawanan yang bertempat di halaman belakang Makmal Masakan, Biologi dan Kimia bermula jam 9.00 pagi . Program ini adalah anjuran di bawah Unit Kokurikulum dan kerjasama dengan Program Matematik Dan Sains.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid Ting 5 mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam menjalankan perniagaan dan Keusahawanan.
Pada masa yang sama, program ini bertujuan mencari kutipan dana untuk disalurkan kepada kebajikan dan kecemerlangan murid Ting 5. Di samping, menjalinkan hubungan kerjasama 3 hala antara guru, ibu bapa dan murid dalam penyediaan menu bahan jualan.
Program ini dimeriahkan lagi dengan kunjungan khas dari Sekolah Menengah Pertama Islam Terpadu (SMP IT) Al Madinah Tanjung Pinang, Batam Indonesia.
Sebanyak 2 buah gerai Banin dan Banat serta sebuah gerai dari luar iaitu My chicken dibuka untuk membuat jualan. Hampir 40 orang murid Ting 5 terlibat dalam jualan bersama 10 orang guru terlibat iaitu Us Mohammad Shukri, Ust Asilah, Ust Nor Zahriah, Ust Nur Hidayah Kusan, Ust Siti Salwa, Ust Ezafahrina, Us Asyraf, Us Firdaus, Ust Shariaah dan Ust Asmaa.
Pelbagai menu makanan dan minuman utama dijual seperti Nasi Lemak Strawberi, Bihun Daging Lada Hitam, Spageti Karbonara, Bebola Daging Ikea, Kerabu Mee, popiah, keropok lekor, mochi, taufufa, tiramisu, dim sum goreng, nachos, ayam pop corn dan lain-lain. Semua dijual dengan harga berpatutan. Hari Keusahawanan berakhir pada jam 1.00 tengahari
Jutaan terima kasih diucapkan buat Puan Pengetua, Ust Seri Juli Emas Wati yang sentiasa memberi sokongan penuh dalam aktiviti. Begitu juga, ucapan terima kasih kepada Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Ust Norhawanis yang banyak memberi khidmat nasihat dan sokongan untuk menjayakan aktiviti jualan.
Tak lupa, jutaan terima kasih kepada insan yang menjadi nadi utama iaitu ibu bapa yang menyokong dalam sumbangan dan penyediaan menu jualan. Akhir sekali, ucapan terima kasih buat guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah yang menyokong dengan membeli di gerai kami.
Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif sebagai salah satu medium terbaik kerjasama antara murid, ibu bapa dan guru ,selain membentuk insan yang cemerlang.
Disediakan oleh,
Nur Hidayah Binti Kusan
Pengarah Minggu
Kokurikulum 2026












