SMIH | LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK IHTIFAL RIYADHI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU (KATEGORI SEKOLAH MENENGAH)

PENGENALAN
Pasukan Bola Sepak Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH JB) telah menyertai Kejohanan Bola Sepak IHTIFAL Riyadhi Peringkat Daerah Johor Bahru bagi kategori Sekolah Menengah. Kejohanan ini menjadi medan buat para pelajar memamerkan bakat sukan, semangat kesukanan yang tinggi, serta memupuk ukhuwah antara sekolah-sekolah yang bertanding.

2. KEPUTUSAN PERLAWANAN
Sepanjang kejohanan berlangsung, pasukan SMIH JB telah memamerkan aksi yang amat bertenaga dan mendominasi setiap perlawanan dengan keputusan mutlak seperti berikut :
Perlawanan 1 : SMIH JB 7 – 0 Mount Safa
Perlawanan 2 : Al Huda 0 – 5 SMIH JB
Perlawanan 3 : SMIH JB 6 – 0 MT Darul Aman
Perlawanan 4 : SMIH JB 4 – 0 MITT

RINGKASAN STATISTIK PASUKAN
Prestasi jentera serangan dan pertahanan SMIH JB sepanjang kejohanan amat mengagumkan dengan rekod bersih tanpa bolos.

Jumlah Jaringan Gol – 22 Gol
Jumlah Bolos – 0 Gol
Rekod Bersih – 4 Perlawanan

PENCAPAIAN
Dengan rekod kemenangan bersih dalam semua perlawanan, pasukan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH JB) secara rasminya dinobatkan sebagai JUARA IHTIFAL RIYADHI BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU.

KESIMPULAN & PENUTUP
Kejayaan bermakna ini adalah hasil daripada disiplin yang tinggi, strategi yang mantap daripada barisan kejurulatihan, serta semangat juang yang tidak luntur daripada para pemain. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SMIH JB atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus meraih kecemerlangan dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang di peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh,

Ustaz Nazrin abd Malik
Pengurus pasukan Bola Sepak SM Islam Hidayah JB
Tarikh : 15 Jun 2026

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda